twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Saturday 26 May 2012

Bila.Berkata.

Dari Kacamata saya,



         Jangan berkata terus dengan mulut,
         Berkata-katalah dengan minda dan akal dahulu.

         Jangan berkata ikut sedap mulut,
         Nanti diri yang binasa,

         Jangan berkata hanya yang manis sahaja,
         Nanti pahit yang diterima,

         Jangan berkata dengan terus,
     Pandang lah ke kiri dan pandang lah kanan dahulu,

    Jangan berkata dengan sibuk lantang,
    Kalau saga kalah suara,

    Jangan berkata hina orang,
    Padah binasa sakit nanti dapatnya,

    Jangan berkata dungu nya orang,
    Andai cermin tak mampu dibeli.

~ Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata padah akibatnya.

- bai






Friday 25 May 2012

Andai.Kata.Serai.Berbunga

Andai kata serai berbunga,
Dimanakah letak tangkainya,
Harumkah ia seharum mawar;
Putihkah ia seputih melor

Andai kata serai berbunga,
Untuk siapa oh agaknya,
Mungkin putera dewa-dewa,
Atau hamba pacar yang hina

Ingin hamba menyuntingnya,
Untuk ku sembahkan,
Kepada puteri baginda;

Mungkin ia terpesona,
Dan jatuh cinta,
Pada diri hamba.

Andai benar kita peroleh si bunga serai, berilah ia kepada seseorang yang benar kita hargai dan kasihi agar ia tak layu dan sentiasa mekar mewarnai dunia.

Andai benar kita peroleh si bunga serai, serahlah ia ke tangan yang boleh menyemainya dan bukan yang menghancurkan ia

Andai benar kita peroleh si bunga serai, jauhkanlah ia dari si jahanam dan bedebah dan dekatkanlah ia dengan si pendamai dan pengasih,

-bai





Wednesday 23 May 2012

Bila Dah Rindu

Dari kacamata saya.

Serious tajuk nampak macam jiwang gila tapi sebenarnya apa yang aku rindukan adalah kehidupan di matrikulasi.
aku tak pernah ditempatkan ke dalam mana-mana asrama. Matrikulasi adalah tempat pertama aku belajar untuk menjadi seorang "survivor".
kelakar bukan?tapi itulah hakikatnya.aku pernah mendapat tawaran belajar di asrama penuh,tapi aku tolak.tak suka dan rasa tak bersedia.
apa pun.ramai jugak yang kata kehidupan di matrikulasi samalah juga macam kehidupan di asrama penuh. jadi?sama je la kan.dapat juga rasa duduk di asrama penuh.
walaubagaimanapun, aku memang sangat rindukan kehidupan di matrikulasi. Ia banyak memberi impak pada kehidupan aku secara keseluruhan. tak boleh dinafikan, kat sana aku belajar untuk belajar sendiri, basuh baju sendiri dan semuanya sendiri.
tapi aku tak kisah.malah aku berasa beruntung sebab ada orang yang sentiasa ada dengan aku kat sana; Zul dan Din. kawan sebilik yang memang sangat sejati. ya, kedua-duanya tua setahun dari aku tetapi ia bukanlah suatu penghalang, malah ia sebenarnya pembantu aku yang selalu ada tatkala aku ada sebarang masalah. selalunya bila ada masalah, pada diorang lah aku selalu rujuk.serius, aku amat merindukan mereka berdua. dan aku tak tipu, Zul orang yang memperkenalkan kat aku hal-hal ponteng kelas dan Din orang yang bertanggungjawab mengajar aku untuk tak tidur malam.kelakar kan?tapi ianya seronok di kacamata ku =)









Fareed?Syaufi?Syafiq? hah.banyak juga masa dengan diorang.Fareed perangai dia tiap-tiap pagi akan spotcheck jamban.memang dia ada masalah perut tu. Syaufi memang sepanjang masa sampai ke bilik dia pada jam 12 malam dah tak boleh berbual lagi dengan dia.sebab dah supersaver.hehe.syafiq?lagi versatil.perkataan keramat yang rajin zahir dari mulut dia kalau orang kutuk dia "bontottt" haha!!.maaf, tetapi semua itu lah yang memanf selalu timbulkan kenangan yang tak boleh dilupakan.banayak lagi sebenarnya ni.nanti dulu eh?hee. bye =)

Fareed, Syafiq, Bai dan Syaufi



* aku masih ingat masa-masa berjalan kat tengah padang, dari kafe D sampai dewan kuliah. ada coconut shake pulak kat kafe D =)

sedang bermain - Sudirman, Tak Perlu Diucapkan


- bai