twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Wednesday 25 January 2012

KECEWA DALAM PERCINTAAN?DARI KACAMATA SAYA.


Dengan secawan teh,





Bercinta? pada saya ia bukanlah satu perkara yang salah. ia salah satu cara untuk mengajar kita erti kasih sayang dan menghargai seseorang. bercinta dengan tuhan, mampu tingkatkan sahsiah diri dan pegangan agama kita, bercinta dengan keluarga, mampu melatih diri kita untuk sentiasa berasa bertanggungjawab terhadap keluarga selain memupuk diri kita untuk sentiasa mngasihi orang yang selama ini berkorban untuk kesenangan kita.bercinta dengan kekasih?ya.ada kebaikannya juga.tanpa kita sedar.kita mula belajar untuk mematangkan diri kita,belajar untuk menghargai orang yang selain dari ahli keluarga kita,belajar mengenai kasih sayang selain kesetiaan yang perlu dipahatkan.ya,dan inilah topik yang ingin saya bincangkan pada saat ini.berkenaan bercinta dengan kekasih.tetapi,ia adalah berbeza dengan apa yang orang selalu bincangkan.ia berkenaan dengan bagaimana cara untuk kita atasi perasaan kita terutama apabila menghadapi kekecewaan dalam percintaan. =)


apabila berkasih,
sayang itu sentiasa dipupuk,
setia itu sentiasa dipahat,
hati itu sentiasa diwarna,
namun; langit itu tidak selalunya cerah,
disangka panas hingga ke petang,
rupanya hujan ditengah hari.








kecewa dalam percintaan?
tidak perlu takut!.malah,tahniah kerana anda sudah pun melangkah ke sebuah fasa yang lain dalam hidup anda, yang sentiasa menghargai dan mencintai seseorang.
ingin balas dendam?
tidak perlu!kerana anda hanyalah berniat untuk menyakiti hati orang yang lain tidak bersalah.yang sebenarnya dan sejujurnya mencintai anda.
harus diingat.
hidup kita sentiasa diisi dengan ujian - ujian dan dugaan yang sebenarnya memberi kita warna dan erti kehidupan.andai hari ini si dia meninggalkan kita, biarkan ia berlalu, malahan perlu untuk kita rasa bersyukur kerana kita dijauhkan dari orang yang selama ini berpura - pura dengan kita.
bencikan dia?
tidak perlu.kerana itu sendiri ditegah oleh agama.cukup untuk menjauhkan diri dari dia.harus juga kita ingat pesan nenek moyang; "jangan benci orang sangat.nanti jadi jodoh.baru tahu.haa :D"
masih berharap pada dia?
tahniah kawan, anda seorang yang setia. setia pada janji dan cinta anda. tetapi andai berkali diperlakukan perkara yang sama oleh si dia terhadap anda. janganlah tipu kepada diri anda sendiri. dengar kata hati anda. sesungguhnya kata hati anda ada menyatakan bahawa ada seseorang yang lebih baik daripada si dia. cuma anda yang degil! :)
kepada siapa ingin saya luahkan perasaan ini?
carilah sahabat yang menangis bersama anda.carilah sahabat yang gila - gila.kerana apa?kerana mereka sahaja yang mampu buat anda tertawa tatkala anda bersedih.kerana gila mereka, anda mampu melupakan walau seketika masalah anda.

kepada siapa ingin saya mengadu?
carilah Allah (kepada yang muslim). berceritalah, mengadulah kepada tuhan anda. sesungguhnya, Dia maha mengetahui apa yang terbaik untuk diri anda. ingatlah. semuanya telah tertulis untuk anda. ada banyak perkara lagi yang masih menjadi misteri kepada anda. hayatilah kehidupan anda. ingatlah ia bukan satu pengakhiran. tetapi sesuatu permulaan kepada anda untuk lebih mngenali warna hidup anda. tambahan kepada yang beragama Islam, rajinkanlah diri untuk sentiasa berwudhu' dan membaca Al - Quran kerana ia lah sumber ketenangan yang maksimum. dengarlah bunyi - bunyian kehidupan seperti kicau burung dan air terjun. kerana ia juga cara bagaimana kita menghilangkan tekanan dalam diri.
masa depan anda?
ingatlah. dijanjikan sesuatu yang baik untuk anda pada masa akan datang. berdoalah kepada sesiapa yang bakal menjadi jodoh anda. walau anda tidak tahu siapa akan dia, tidak salah untuk anda berdoa agar anda dipertemukan dengan orang yang setulusnya ikhlas dan jujur dengan anda. orang yang lebih baik dari apa yang anda sangkakan. jngan dilupa, berdoa juga satu usaha. akhir kata, senyum =)

-muhammadnubairy.




No comments:

Post a Comment