twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Tuesday 24 January 2012

UJIAN.

Dengan secawan teh,

Dalam menempuh kehidupan, kita tidak akan pernah lari daripada menerima ujian. Selain ujian secara formal seperti di sekolah - sekolah atau di mana -  mana pusat pengajian, ujian juga hadir dalam bentuk dugaan yang sedikit sebanyak mampu memberi impak pada kehidupan kita sendiri.persoalannya, mampukah kita menerima dan mapan untuk menghadapi ujian sebegini?jawapannya YA.sesunguhnya Allah tidak pernah bersikap zalim pada hamba - hamba yang disayangiNya. Setiap ujian yang Dia berikan kepada hambaNya adalah hanya untuk memberi pengajaran tentang kehidupan seperti memupuk sifat sabar di dalam diri yang menjadi benteng utama dalam menempuh segala duri dan ranjau dalam kehidupan. sesungguhnya Allah itu maha mengetahui. setiap ujian yang Dia turunkan kepada seseorang hambaNya adalah bukan sewenangnya kerana Dia juga tahu kemampuan hambaNya itu dalam menempuhi ujian yang diberikan. Allah itu juga Maha Penyayang, tidak akan Dia mahu melihat hambanya tersiksa dengan setiap ujian yang Dia turunkan. arakian, hal ini juga berkait dengan sifat Allah yang seterusnya iaitu Maha Pemurah. Sudah tentunya, dia pasti akan membantu hamba - hamba yang Dia sayangi dalam menempuh ujian yang diberikan. oleh itu, tidak perlu untuk kita mengeluh dalam setiap ujian yang kita peroleh. jangan kita berputus asa dalam berusaha mencari penyelesaian kepada sesuatu masalah. jangan kita takut dalam menempuhi kehidupan kita. berbaliklah kepada Dia. sesungguhnya Dia maha mengetahui, penyayang dan maha pemurah. kita bole bercerita kepada kawan. tetapi mengadulah kepada Dia yang satu kerana Dia lebih memahami apa yang kita rasai. sesungguhnya Dia sentiasa ada bersama kita, siang dan malam. Dia maha mendengar. Dia juga maha melihat. sperti yang telah saya katakan tadi, andai kita rasa bahawa tiada orang yang mampu mendengar luahan isi hati kita dan apa yang kita pendam, maka mengadulah kepada Dia. harus diingat! kesenangan yang hadir juga adalah satu ujian daripada Dia. oleh itu, senantiasalah mengingati Dia sahabat, malangnya hari ini, manusia hanaya mencari Allah apabila berasa sedih.apabila berada dalam kesusahan namun ditinggalkannya Allah setelah memperoleh kesenangan. cuba kita bayangkan, jika kita mempunyai rakan yang hanya mencari kita apabila mereka memerlukan kita, apa yang kita rasa?sakit bukan?oleh itu sentiasalah bersama Allah. Dia mengetahui apa yang terbaik untuk kita. sebagai hambaNya, taat dan patuhlah kepada suruhanNya kerana sesungguhnya, telah dijanjikan kesenangan kepada sesiapa yang patuh kepada suruhan Allah. jangan lah jemu bersyukur, berdoa dan beribadat kepada Allah. kerana sesungguhnya Dia tidak pernah jemu memberi rahmat dan rezeki kepada kita, tidak pernah jemu melihat dan mendengar kita, juga tidak pernah jemu menyayangi kita,sahabat. wallahualam =)


No comments:

Post a Comment